Scaling Gigi Bebas Karang dan Kotoran - Klinik Pergigian Dentamint

Scaling Gigi

Apa itu rawatan Scaling gigi?

Rawatan Scaling adalah prosedur pergigian yang melibatkan pembersihan karang gigi secara lebih mendalam menggunakan ultrasonic scaler.

  1. Plak/taik gigi terkumpul dan mengeras pada permukaan gigi dan di celah gigi.
  2. Mulut dan nafas berbau
  3. Gusi berdarah
  4. Gusi bengkak
  5. Gigi berubah warna
  6. Gigi sensitif/sakit
  7. Gigi goyang

Scaling GigiĀ 

Apakah kelebihan melakukan rawatan Scaling?

  • Menghilangkan mulut dan nafas berbau
  • Menjaga gigi dan gusi agar lebih sihat
  • Mencegah gigi berlubang

Scaling Gigi

Prosedur rawatan

Prosedur awal doktor akan buat pemeriksaan gigi dan mulut secara keseluruhan.

Doktor akan menggunakan kamera intraoral untuk melihat lebih teliti kawasan yang terdapat karang gigi. Pesakit juga berpeluang melihat sendiri gambar keadaan gigi mereka dengan lebih jelas.

Doktor akan membersihkan karang gigi dengan menggunakan scaler. Di Klinik Pergigian Dentamint, doktor akan melakukan pembersihan dengan teliti agar gigi bersih dari karang secara optimum.

Untuk menjamin kesihatan mulut, anda disarankan untuk dapatkan rawatan scaling 6 bulan sekali. Namun, untuk masalah gusi yang lebih serius, scaling perlu dijalankan kira-kira 3 bulan sekali bergantung pada saranan doktor.

Meet our team of professional

Hubungi kami untuk sebarang persoalan lain

Book appointment tanpa perlu whatsapp