Rawatan Akar Gigi - Klinik Pergigian Dentamint

Rawatan akar

Apa itu rawatan akar gigi?

Rawatan akar gigi adalah rawatan untuk merawat jangkitan yang telah sampai ke dalam akar gigi. Tisu pulpa yang berada di dalam akar gigi akan dikeluarkan. Setelah tisu pula yang dijangkiti dan rosak dikeluarkan, ruang di dalam akar gigi dibersihkan dari jangkitan. Tujuan rawatanb akar gigi untuk pastikan gigi kekal berfungsi dan tidak dicabut.

  1. Terasa sakit yang tajam apabila mengunyah dan menggigit
  2. Gigi retak
  3. Gigi patah
  4. Gigi sensitif berpanjangan pada benda panas dan sejuk
  5. Gusi sakit atau bengkak
  6. Gigi menjadi hitam

Rawatan akar

Apakah kelebihan rawatan akar gigi?

  • Menyelamatkan gigi dari dicabut
  • Menghilangkan rasa sakit
  • Mengelak jangkitan merebak
  • Memulihkan fungsi gigi
  • Mengelak komplikasi gigi kesihatan mulut yang lain
  • Mengurangkan kebimbangan

Rawatan akar

Prosedur rawatan

Doktor akan buat pemeriksaan gigi dan ambil x-ray gigi.

Doktor akan berikan suntikan ubat kebas pada kawasan sekitar gigi dan meletakkan pelapik (rubber dam) di sekeliling gigi, bagi memastikan kawasan gigi bebas dari air liur.

Doktor akan membuat lubang dari bahagian atas gigi untuk membuka ruang ke kawasan akar gigi. Tisu yang dijangkiti akan dibuang dan salur akar dibersihkan.

Setelah salur akan dibersihkan dari jangkitan, salur akar akan diisi dengan material khas untuk memastikan tidak lagi dijangkiti.

Tampalan gigi akan dibuat untuk menutup lubang ke salur akar.

Rawatan akar gigi adalah tidak sakit memandangkan pesakit akan dibius terlebih dahulu. Rawatan ini adalah untuk merawat gigi dari dicabut.

Meet our team of professional

Hubungi kami untuk sebarang persoalan lain

Book appointment tanpa perlu whatsapp