Rawatan Gigi Palsu (Denture) - Klinik Pergigian Dentamint

Gigi palsu

Apa itu gigi palsu?

Rawatan gigi palsu merujuk kepada prosedur menggantikan gigi yang hilang dengan gigi tiruan. Gigi palsu boleh dipakai dan dibuka untuk membersihkan gigi atau bila perlu.

  1. Gigi hilang selepas cabutan.
  2. Gigi rosak teruk, karies, patah atau mengalami kemalangan.
  3. Sukar makan
  4. Percakapan terganggu
  5. Kurang keyakinan dan penampilan diri
  6. Malu untuk senyum disebabkan gigi yang hilang.

Gigi palsu

Apakah kelebihan gigi palsu?

  • Menggantikan gigi yang hilang.
  • Mengembalikan fungsi gigitan dan penampilan.
  • Mengunyah makanan dengan lebih baik.
  • Membantu percakapan dan pertuturan menjadi lebih baik.
  • Meningkatkan keyakinan dan penampilan diri.
  • Senyuman menjadi lebih baik.

Gigi palsu

Prosedur rawatan

Anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk membincangkan keadaan gigi dan mulut serta memahami keperluan anda.

Doktor akan terangkan jenis gigi palsu yang sesuai, jumlah gigi yang hilang, keadaan gusi, dan keperluan anda.

Doktor gigi akan ambil acuan dan rekod gigi anda.

Acuan ini akan digunakan untuk hasilkan gigi palsu yang sepadan dengan bentuk gigi dan mulut anda.

Model gigi akan dihasilkan untuk pastikan gigi palsu sepadan sebelum hasilkan gigi palsu yang sebenar.

Doktor gigi akan memastikan gigi palsu yang dihasilkan sesuai dengan bentuk dan warna gigi anda.

Selepas gigi palsu sebenar  siap, doktor gigi akan pasangkan ke dalam mulut anda. Doktor gigi akan memastikan gigi palsu selesa dipakai. Doktor akan melakukan sedikit perubahan mengikut keselesaan anda. 

Anda perlu menjaga gigi palsu dengan baik dan berjumpa dengan doktor jika ada masalah pada pemakaian gigi palsu.

Meet our team of professional

Hubungi kami untuk sebarang persoalan lain

Book appointment tanpa perlu whatsapp