Bridge gigi adalah rawatan yang mengisi ruang antara gigi untuk menggantikan gigi yang hilang. Rawatan ini melibatkan prosedur membuat jambatan antara ruang gigi yang hilang dan meletakkan gigi palsu kekal. Bridge boleh bertahan dari 10 hingga 15 tahun.
Gigi sokongan adalah gigi bersebelahan dengan ruang gigi yang hilang. Doktor akan mengukur dan ‘trim’ sedikit gigi sokongan untuk memastikan Bridge gigi dipasang dengan baik dan kuat.
Doktor akan terangkan mengenai penjagaan gigi Bridge. Pastikan penjagaan gigi secara keseluruhan dalam keadaan baik untuk memastikan Bridge bertahan lebih lama.